Puting beliung adalah suatu fenomena alam yang merbahaya dan bisa mengakibatkan kerusakan yang besar. Memang cukup merbahaya untuk melihat dan menghampirinya. Tetapi ada cara yang lebih baik untuk anda melihat rupanya dari jarak yang selamat!
Apa yang diperlukan:
2 Botol plastik
Satu penutup botol
Gunting
Air
Pewarna
Solasi
Apa yang perlu dilakukan:
1. Isikan satu botol dengan air sehingga penuh.
2. Teteskan pewarna pilihan anda supaya air di dalam botol itu lebih kelihatan.
3. Buatkan lubang kecil berdiameter lebih kurang 4 mm pada tutup botol. Salah satu cara untuk melakukannya ialah dengan melubanginya menggunakan gunting dan memutar ujung gunting pada bukaan kecil tadi hingga anda mendapat lubang bulat yang sempurna.
4. Pasangkan penutup botol berlubang tadi di atas botol berisi air berwarna.
5. Satukan botol kedua dengan botol pertama tadi dengan menggunakan solasi.
6. Sekarang coba balikkan botol itu. Botol yang berisi air di atas dan yang kosong pula di bawahnya.
7. coba putar botol itu dengan cepat sehingga anda dapat melihat puting beliung mini di hadapan anda!
Apa yang berlaku?
Apabila kita terbalikkan dan memutar botol itu, air akan turun dengan cepat ke bawah dan membentuk susunan vortex atau pusaran air. Itulah dia puting beliung yang kita lihat di dalam botol. Puting beliung mini ini tidak akan terjadi jika kita hanya terbalikkan botol tetapi tidak pula memutarnya. Ini adalah kerana puting beliung mini tidak akan terbentuk tanpa terjadinya susunan vortex.
Pusaran air terjadi kerana ini memudahkan perpindahan antara air dan udara di antara satu botol ke botol yang lain. Jika anda perhatikan, di tengah-tengah pusaran air, terbentuk satu lubang yang bertindak sebagai jalan udara. Jalan udara ini memudahkan air turun ke bawah dan dalam masa yang sama menggantikan udara yang akan dipaksa naik ke atas.
Tahukah anda?
Puting beliung yang sebenar disebabkan oleh pelanggaran udara. Apabila udara kering dan sejuk yang bergerak cepat bertembung dengan udara tropika yang panas dan lembap, ia mengakibatkan suatu ketidakseimbangan berlaku. Udara yang panas naik ke atas dengan kelajuan hampir 300 kilometer sejam. Udara sejuk yang masuk dari sisi menbuatkan arus udara itu naik ke atas dengan cepat dan mula berpusar Kelajuan pusaran puting beliung boleh mencapai lebih dari 450 km sejam! Cuba anda bandingkan dengan kereta yang bergerak laju di lebuh raya kebangsaan yang berhad laju 110 km sejam!
sumber http://norazharishak.blogspot.com
1 komentar:
nice :)
Posting Komentar