Senin, 09 Februari 2015

Reptil terkecil didunia



Ada sesuatu yang menarik perhatian tentang ditemukannya empat spesis baru hewan  baru-baru ini. hewan itu,  tergolong di dalam spesies cicak, amat istimewa kerana ia adalah reptilia terkecil di dunia. Ia sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan pada sebatang korek api atau di atas ibu jari anda!

Sebelum ini, pemegang rekor reptilia terkecil di dunia, dipegang oleh satu lagi spesies cicak, Sphaerodactylus ariasae yang juga sejenis dwarf gecko (cicak kerdil). Ia hanya berukuran sepanjang 33 mm.

Brookesia mikro, hanyalah berukuran dalam beberapa puluh millimeter. Ada yang sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan di atas batang korek api

hewan kecil ini telah ditemui sepasukan penyelidik Jerman dan Amerika Syarikat di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar. Menurut kepada Frank Glaw, yang mengetuai pasukan penyelidik di Zoological State Collection of Munich, ia juga dianggap sebagai satu kas “kesan kekerdilan pulau” (island dwarfism) yang unik. Menurutnya lagi, satu-satunya cara untuk mencari hewan itu adalah dengan menggunakan lampu senter pada waktu malam kerana hewan itu akan memanjat dahan-dahan kecil untuk tidur.



sumber http://www.earthtimes.org/newsimage/new-species-miniature-chameleon-discovered-madagascar_15212.jpg

0 komentar:

Posting Komentar